BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom

klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
SIRI KE 3: ULASAN TERHADAP TULISAN DR ASRI
Saturday, October 13, 2007
Dr Asri menulis lagi:
“Penolakan terhadap sunah Rasulullah berlaku dalam dua bentuk; pertama; golongan yang menolaknya secara prinsip iaitu golongan antihadis. Mereka ini pada hakikatnya menolak nas-nas al-Quran itu sendiri yang menyuruh agar kita mengikuti Rasulullah.”
Ulasan: kenyataan beliau sangat tepat sekali dan wajib disokong.

Dr Asri menulis lagi:
“Kelompok kedua mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut. Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

Ulasan: Ungkapan beliau mengandungi tohmahan terhadap satu golongan di kalangan ilmuwan Islam. Apakah ia benar-benar berlaku? Adakah benar ada golongan ulama yang memandulkan nas sekiranya ia bercanggah dengan selera dan kepentingan diri mereka lalu memberikan pelbagai alasan? Kalau benar ia berlaku mereka bukannya sebenar-benar ulama. Ini kerana ayat ….jelas menegaskan bahawa syarat menjadi orang berilmu bukan hanya dengan ada ilmu tetapi mestilah juga mempunyai taqwa kepada Allah. Atau mereka boleh diistilahkan sebagai “ulama jahat”. Perkara ini sememangnya berlaku sepanjang zaman. Ulama-ulama yang mempunyai kepentingan kebendaan kadangkala mentafsirkan nas menurut nafsunya atau menyelewengkan kefahaman sebenar terhadap teks al-Qur’an dan al-Hadis.
Namun, menyelusuri contoh perbincangan beliau seterusnya yang berkaitan dengan puasa, ternyata perbezaan pendapat yang wujud di kalangan ulama dalam menjelaskan hukum puasa bukan kerana mereka ulama jahat yang mencari kepentingan diri. Tetapi perbezaan berlaku kerana perbezaan kefahaman sebagaimana yang saya akan jelaskan nanti. Perbezaan ini dibenarkan oleh syara’. Menafikan keharusan perbezaan kefahaman ini adalah satu hukum sendiri yang menurut nafsu dan menunjukkan sikap ta`sub pada pandangan dan kefahamn sendiri. Sikap ta`sub ini sangat tercela.
Kenyataan beliau tersebut boleh memberi satu gambaran kepada masyarakat awam bahawa para ulama yang memberikan pandangan berbeza dengan kefahaman yang di pegang oleh Dr Asri dalam bab puasa sebagai ulama yang jahat.
Dr Asri menulis lagi: “Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat. Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34). Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263). Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).
Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama. “
Ulasan: Apa yang dinukilkan oleh Dr Asri daripada imam-imam besar mazhab adalah benar. Sebarang pendapat yang dikeluarkan oleh mereka dan bercanggah dengan sunnah nabi perlu ditolak. Ulama yang baik dan tidak jahat dalam pelbagai mazhab sepanjang zaman tidak ada yang menafikan kebenaran kata-kata imam tersebut. Malah mereka menghuraikan maksud kata-kata imam-imam agung ini pula. Mereka terlebih dahulu telah memahami ungkapan imam mereka ini sebelum ianya sampai kepada kita pada kurun ke 15 ini.
Justeru itu kita melihat mereka tidak berkiblatkan pandangan imam-imam mazhab semata-mata. Mereka berkiblatkan al-Qur’an dan al-Hadis. Namun, mereka berpegang dengan kaedah pengeluaran hukum yang digariskan oleh imam-imam mazhab mereka menyebabkan mereka menasabkan diri mereka kepada aliran yang dibawa oleh imam-imam mereka seperti aliran Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
Sebagai contoh tidak semua pandangan Imam Syafie menjadi pandnagan yang difatwakan dalam mazhab Syafie. Banyak pandangan Imam syafie yang ditolak oleh anak-anak murid beliau kerana ia bercanggah dengan maksud sebenar hadis.
Namun, mereka sangat berhati-hati sebelum menghukumkan sebarang pandangan imam mereka sebagai bercanggah dengan hadis. Ini kerana mereka memahami para imam ini merupakan orang yang sangat berhati-hati dalam menentukan wajah istidlal terhadap hadis. Mereka mendapati ada di kalangan para imam ini meninggalkan makna hadis disebabkan oleh beberapa alasan lain. Contoh-contohnya akan saya jelaskan dalam tulisan lain nanti insyallah.

Dr. Asri menulis lagi: “Malangnya, ada orang mendakwa pengikut mazhab imam-imam ini lebih lajak dari laju sehingga mendakwa seseorang tidak boleh mengambil pendapat lain selain mazhab tertentu.Kita sepatutnya mencontohi akhlak terhadap Rasulullah yang ditunjukkan oleh para imam kita ini. Kesopanan yang tinggi terhadap inti kandungan sunah Nabi dan seruannya agar semua pihak membebaskan diri dari ketaksuban.”

Ulasan: Keta`suban kepada mazhab pernah berlaku dalam sejarah umat Islam.Namun ia segera ditangani oleh ulama-ulama yang menyedari hakikat sebenar keluasan fiqh Islam. Keta`suban mazhab juga masih berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Penjelasan perlu diberikan secara berterusan agar umat menerima kepelbagaian pandnagan dalam fiqh Islam. Kejayaan sudah dilihat hari ini apabila jawatankuasa fatwa kebangsaan dan mufti-mufti negeri tidak lagi berhujah dengan pandangan mazhab syafie semata-mata malah juga mengambil pandnagan mazhab yang lebih baik dan sesuai dengan semasa.
Namun, kadang-kadang kita silap dalam melabelkan situasi tertentu sebagai ta`sub. Berpegang dengan pandnagan mazhab yang mempunyai “wajah istidlal” yang berbeza dengan mazhab yang lain tidak boleh dikategorikan sebagai taksub.
Malah mengecam pandangan-pandangan mazhab secara sembrono sebagai tidak berpegang kepada dalil sunnah adalah satu keta`suban yang sangat merbahaya dan amat tidak wajar. Apa yang difahami oleh seorang ilmuwan daripada hadis barangkali tidak sama dengan apa yang difahami oleh ilmuwan lain terhadap hadis yang sama. Dalam banyak keadaan kita sendiri tidak dapat memastikan manakah kefahaman yang lebih tepat. Namun kefahaman yang berbeza ini masih berlegar dalam perkara “ijtihadiyyah” seperti yang diungkapkan oleh hadis Nabi : Sesiapa yang berijtihad lalu menepati maka baginya dua pahala. Sekira dia berijtihad lalu tersilap maka baginya satu pahala sahaja.”
Siapa yang akan menentukan kefahaman imuwan ini tepat dan kefaham imuwan ini pula salah? Tiada hakim manusia yang boleh memutuskan. Semuanya akhirnya kembali kepada Allah. Dia akan menentukan betul dan salah lalu memberi pahala yang selayaknya. Adapun kita ketika di dunia hanya boleh menyatakan : pandangan kami benar mengandungi kebarangkalian salah dan pandnagan kamu salah mengandungi kebarangkalian benar. Inilah benih-benih berlapang dada yang dituntut dan sememangnya diamalkan oleh ulama Islam sepoanjang zaman.
Namun, mendakwa kefahaman kita adalah satu-satunya yang benar lalu menggelarnya sebagai “dalil hadis” dan menafikan kefahaman ilmuwan lain terhadap hadis lalu dituduh sebagai bercanggah dengan hadis adalah perbuatan yang sangat melampau dan menggambarkan satu keta`suban yang sangat dicela. Kefahaman kita tidak boleh diertikan sebagai satu-satunya “kefahaman hadis” lalu menafikan kefahaman hadis ilmuwan lain. Inilah yang telah dilakukan oleh Dr. Asri dalam mebicarakan hukum-hakam cabang berkaitan puasa sebagaimana yang pembaca akan lihat nanti.
Selagi ada wajah istidlal yang mereka pegang ia bererti mereka merujuk kepada kaedah asas pengeluaran hukum iaitu mesti bersandarkan kepada al-Qur’an dan al-Hadis. Mereka tidak boleh dicela. Kita berhak mempromosi pandangan peribadi sendiri hasil kefahaman terhadap teks al-Qur’an dan al-Hadis, tiada kesalahannya, tapi kita tidak berhak menafikan dan mencela kefahaman yang berbeza.

Dr. Asri menulis lagi: Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.
Ulasan: Contoh yang diberikan oleh Dr. Asri benar-benar berlaku. Ia satu kesilapan yang berlaku kepada orang awam. Saya rasa tidak sedikit ilmuwan Islam hari ini yang menegur kesilapan perlakuan ini. Jika contoh seumpama ini yang dimaksudkan oleh Dr. Asri dalam tulisan beliau, ianya sememangnya menepati. BERSAMBUNG
posted by admin @ 7:23 PM   0 comments

(siri ke 2) Mengulas Tulisan Dr Asri Mufti Perlis Bertajuk : Puasa Tidak Boleh Berpisah Dengan Dalil Sunnah
Dr Asri menulis: “Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.”
Ulasan: Rujukan utama untuk memahami agama adalah dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Hakikat ini disepakati oleh semua ilmuwan Islam. Sekiranya hakikat ini ditolak maka dia tidak boleh digolongkan sebagai ilmuwan Islam (ulama) meskipun dia memiliki pelbagai sijil akademik termasuk Ph.d Pengajian Islam sekalipun.
Namun apa yang timbul ialah: apa yang ilmuwan ini faham daripada dalil al-Qur’an dan dalil al-Sunnah? Apa yang difahami itu dipanggil sebagai “fiqh” al-Qur’an dan “fiqh al-Sunnah”. “Fiqh” bermaksud “kefahaman yang mendalam” terhadap maksud petunjuk yang terkandung dalam teks al-Qur’an dan teks al-Sunnah. Ertinya apakah kefahaman mendalam beliau terhadap sebarang teks al-Qur’an dan al-Hadis dalam isu-isu yang dibicarakan. Dalam persoalan cabang-cabang hukum banyak berlaku perbezaan di kalangan ilmuwan ini dalam memahami teks al-Qur’an dan al-Hadis. Ini menyebabkan lahirnya pelbagai pandangan dalam satu-satu isu.
Justeru, dalam proses kajian hukum ada dua perkara yang pasti dilalui oleh ilmuwan Islam. Pertama, menentukan “dalil” daripada ayat al-Qur’an dan al-hadis dalam sesuatu isu. Kedua, menentukan “wajah istidlal”. Dalil bermaksud pedoman. “Menentukan dalil” bererti menentukan pedoman kita dalam membicarakan apa hukum bagi sesuatu isu. Dalam menentukan dalil bagi sesuatu isu, ilmuwan Islam akan menetapkan samada dalilnya adalah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah atau salah satu daripadanya. Barangkali dalilnya tidak wujud dalam al-Qur’an dan al-Hadis, namun ada Qiyas (analogi) yang boleh dibuat dengan hukum yang tersebut dalam al-Qur’an dan al-Hadis. “Wajah Istidlal” pula bermaksud menentukan bentuk pedoman yang diambil daripada dalil tersebut. Para ilmuwan mungkin bersepakat pada jenis dalil yang akan digunakan dalam satu-satu isu, namun mereka mungkin berbeza pendapat dalam melihat bentuk pedoman yang boleh diambil daripada dalil-dalil ini. Perbezaan pendapat ini merujuk kepada perbezaan kefahaman yang sememangnya menjadi lumrah bagi akal manusia. Seorang ilmuwan (ulama) tidak boleh mendakwa HANYA kefahamannya adalah tepat dalam memahami “wajah istidlal” ini. Dia perlu berlapang dada dengan kefahaman ilmuwan lain yang melihat “wajah istidlal” yang lain. Justeru, sikap para ilmuwan Islam sepanjang zaman dalam menghadapi isu-isu yang memberi ruang berlakunya perbezaan kefahaman ini ialah: “pandangan saya tepat tetapi mempunyai kebarangkalian silap. Pandangan orang lain silap tetapi mengandungi kebarangkalian betul”. Mereka tidak akan menuduh pandangan dan kefahaman orang lain sebagai bercanggah dengan al-Qur’an atau al-Sunnah.
Kecuali sekiranya pandangan seseorang ilmuwan itu sememangnya jelas menyeleweng tanpa berpaksikan ilmu dan bercanggah dengan kaedah-kaedah umum hukum yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Hadis. Penyelewengan ini selalunya berlaku pada pandangan-pandangan janggal yang dilontarkan oleh seorang dua ulama. Pendapat seorang dua ini pasti segera diperbetulkan oleh ribuan ilmuwan yang lain. Umat Islam tidak sepatutnya disogokkan dengan pandangan-pandangan janggal ini. Namun, ia tetap menjadi bahan perbincangan ilmiyah dan dinukilkan dari satu zaman ke satu zaman sebagai bahan perbincangan ilmiyah.
Antara contoh pandangan janggal yang dilontar oleh seorang dua ulama dan ditolak oleh majoriti ulama ialah pandangan Dawud Zahiri yang menyatakan boleh melihat seluruh badan wanita yang mahu dikahwini. Hujahnya ialah sabda Nabi kepada ….: “lihatlah kepadanya.” “Wajah Istidlal” beliau ialah: arahan melihat adalah umum. Justeru boleh melihat kepada seluruh anggota badan. Majoriti ulama pula berpendapat “wajah istidlal” bagi hadis ini ialah melihat pada anggota yang boleh dilihat daripada perempuan iaitu muka dan tangan. Wajah Istidlal Dawud Zahiri sekiranya diterima pakai akan menghancurkan hukum aurat yang telah diterima oleh ilmuwan Islam. Tidak ada ulama yang menghalalkan melihat keseluruhan anggota wanita. Mereka sepakat bahawa anggota selain muka dan tangan serta kaki tidak boleh dilihat oleh lelaki ajnabi. Perbezaan pendapat berlaku antara mereka dalam menentukan muka, tangan dan kaki adakah ia juga aurat? Majoriti berpandnagan ianya adalah aurat. Minoriti ulama berpandnagan sebaliknya.
Saya tidak berhasrat menjelaskan secara panjang lebar hukum aurat ini. Cukuplah sekadar apa yang saya titipkan untuk menggambarkan ada pandangan khilaf (berbeza pendapat) yang mesti ditolak dan tidak boleh diamalkan kerana amalan tersebut menghancurkan asas-asas hukum dalam agama. Pandangan khilaf sebegini selalunya diistilahkan sebagai “syaz” (janggal).
Praktik terhadap apa yang saya jelaskan ini akan dapat pembaca lihat dalam kita membahaskan isu-isu hukum berkaitan puasa yang dibahaskan oleh Dr. Asri nanti insyaAllah.
Merujuk kepada tulisan beliau di atas, saya merasakan ada sedikit kekaburan dalam tulisan beliau tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan “jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.”
Sekiranya ia merujuk kepada penjelasan dan huraian hukum tanpa merujuk kepada al-Qur’an dan Hadis maka kata-katanya itu sangat tepat sekali. Tetapi sekiranya merujuk kepada perbezaan huraian dan kefahaman dalam menghuraikan “kefahaman terhadap teks hadis” maka kata-katanya perlu dibahas. Saya timbulkan isu ini kerana ternyata dalam tulisan beliau seterusnya berkaitan hukum-hakam puasa, beliau seolah menolak dan menafikan perbezaan huraian dan kefahaman terhadap teks hadis. Contoh-contoh yang diberi bukannya merujuk kepada golongan yang berbicara tentang hukum tanpa merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis tetapi pada orang yang memberikan tafsiran yang berbeza terhadap “kefahaman hadis”.
Bagi saya ungkapan beliau mengelirukan. Ungkapan yang betul ialah “jika huraiannya mengenai agama ini tidak merujuk kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah maka ia tidak diterima” atau “jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan kefahaman-kefahaman yang boleh difahami daripada dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima”.
posted by admin @ 4:30 PM   0 comments
Mengulas Tulisan Dr Asri Mufti Perlis Bertajuk : Puasa Tidak Boleh Berpisah Dengan Dalil Sunnah
Friday, October 12, 2007
Tulisan Dr Asri setiap hari Ahad sangat menarik untuk diikuti. Setiap ahad memang saya membeli dua akhbar utama Berita Minggu dan Mingguan Malaysia berbeza dengan hari biasa yang saya selalunya membacanya Berita Harian di pejabat Jabatan Arab, FPI, UKM. Justeru saya selalunya sempat mengikuti tulisan beliau di Mingguan Malaysia. Banyak yang menarik dan selari dengan cara fikir saya sendiri. Namun, kadang-kadang pandangan beliau menimbulkan polemik dan mencetuskan ruang perbincangan. Antara tulisan beliau yang boleh mencetuskan perbincangan ialah tulisan bertarikh 30 september yang diberi tajuk oleh akhbar Mingguan sebagai “Puasa Tidak Boleh Berpisah Dengan Dalil Sunnah”.
Ada beberapa perkara yang boleh dibincang. Sebaik membacanya saya terasa terpanggil untuk membuat beberapa ulasan, namun masa agak membatasi hinggalah malam ini. Sebenarnya, apabila melibatkan tulisan Dr. Asri saya sendiri menjadi serba-salah untuk membuat ulasan.
Pertama, beliau saya anggap sebagai sahabat baik saya sendiri walaupun sejak isu intipan khalwat yang saya buat sedikit kritikan terhadap beliau menjarakkan sedikit hubungan saya dengan beliau.
Kedua, ramai juga yang mempertahankan apa sahaja pandangan DR. Asri dengan hujah pandangannya adalah semuanya ilmiyah hingga menyebabkan mereka menutup mata untuk melihat beberapa kesilapan dalam pandangan beliau. Dr. Asri seorang yang berilmu tetapi bukan syarat orang berilmu untuk tidak membuat kesilapan.
Ketiga, saya tak nak dikatakan seolah tidak bersetuju dengan semua pandangan beliau. Banyak pandangan beliau yang selari dengan pandangan saya sendiri. Namun, ada kalanya pandangan yang agak mengelirukan memerlukan ulasan dan pencerahan. Saya mengharapkan para pembaca agar meneliti ulasan saya ini dengan pandangan keterbukaan dan penilaian ilmu bukannya taksub dan emosi untuk sama-sama kita mencari keredhaan Allah. Sekiranya ulasan saya tersasar, berilah pandangan balas secara ilmiyah.
Suka juga saya jelaskan, saya amat terluka dengan sikap beberapa orang yang mengkritik Dr. Asri dari sudut peribadi hingga dikaitkan dengan pelbagai isu yang berlaku semasa pengajian beliau di Jordan. Isu-isu tersebut pula banyak yang tidak benar hanya berdasarkan khabar cerita orang yang ada sedikit masalah peribadi dengan beliau. Kita perlu mengkritik pandangan dan jangan dicampur-adukkan dengan pelbagai kebencian peribadi terhadap seseorang. Perkara yang sama juga saya harapkan daripada Dr. Asri. Kesilapan dan kelemahan yang berlaku pada segelintir orang tidak wajar dijadikan sebagai asas untuk menghukumkan perkara yang sama kepada keseluruhan orang lain.
Saya titipkan mukaddimah ini sebagai satu panduan kepada pembaca dalam menilai ulasan saya ini.Saya mulakan ulasan ini dengan basmalah: BERSAMBUNG

Labels:

posted by admin @ 10:55 AM   1 comments
Pagi ini solat subuh di Masjid Kuala Telemong di kg isteri. Selepas solat tuan imam Hj Mat dan Ayahda Salim (imam no 2) dan ahli masjid menjemput saya untuk memberikan sedikit tazkirah. Begitulah selalunya apabila saya pulang ke kampung ini. Mereka tidak akan lepaskan peluang untuk mendengar tazkirah ringkas daripada saya. Kata tuan Imam hj Mat, tak perasan ustaz dah ada kat belakang tadi. Kalau tak, bagi ustaz je la jadi imam. Saya tersenyum. Tazkirah pagi ni saya sebut sedikit tentang konsep raya.
Raya adalah ibadah. Justeru beraya mesti ikut konsep ibadah. Antara ibadahnya ialah bertakbir raya bermula tenggelamnya mentari akhir Ramadhan hingga ke saat solat raya pagi esoknya. Takbir bukan hanya di masjid sepertimana yang biasanya di fahami oleh orang awam. Ia perlu dilakukan di mana-mana, di rumah, di jalanan dan juga di masjid surau. Ia merupakan syiar bagi hari raya. Besoknya disunatkan solat raya.
Juga disunatkan memakai pakaian yang cantik. Tak semestinya baju baru, tetapi yang paling cantik yang kita miliki. Itulah sunnah Nabi. Baginda memakai pakaian bercorak dengan kain dari Yaman pada satu hari raya.
Saya sentuh salah faham masyarakat yang menyatakan: raya hanya untuk budak-budak. Kita orang tua tak payahlah. Ini kurang tepat. Raya adalah untuk orang yang beribadah dengan puasa dan bersolat malam (tarawih). Justeru, perlu dizahirkan syiar perayaan antaranya dengan berpakaian cantik. Menolak untuk beraya bererti menolak hadiah yang diberikan oleh Allah iaitu hari raya. Hingakan di hari raya diharamkan berpuasa walaupun puasa merupakan satu ibadah.
Raya adalah hari kegembiraan. Tapi, bukan sebarang kegembiraan. Ia adalah kegembiraan kerana berjaya menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan dan mengengkang beberapa nafsu keinginan. Kegembiraan boleh dizahirkan dengan sedikit hiburan sepertimana Aisyah yang berhibur dengan lagu Bu`ath yang didendangkan oleh dua kanak-kanak perempuan (jariyah) sepertimana sabit dalam hadis sahih Bukhari. Bagi memperakui tanpa melarangnya. Bahkan apabila Abu Bakar menegur perlakuan Aisyah dengan sangkaan hiburan tidak sepatutnya ada dalam rumah baginda saw, baginda lantas menegaskan: "Biarkan mereka berdua. Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada perayaannya. Dan ini merupakan hari perayaan kita."
Dalam satu hari raya orang-orang Sudan membuat satu pertunjukan main tombak di masjid Nabi. Baginda menontonnya bersama Aisyah.

posted by admin @ 9:02 AM   0 comments
Bersama keluarga di Kuala Telemong, Terengganu
Bersama biras di rumah keluarga isteri di Kuala Telemong. Sebelah kanan saya (berbaju biru gelap) Ustaz Wan Mohd Zahari bin Wan Abu Bakar. Sebelah kiri pula (berbaju merah)Ustaz Jamsuri bin Shamsudin. Kedua-duanya adalah pensyarah di Jabatan Bahasa al-Qur'an, UIA, jabatan di mana saya pernah mengajar pada tahun 1999-2002 sebelum berpindah untuk bertugas di UKM. Kedua-duanya saya yang "adjust" kahwin dengan dua adik ipar (adik isteri).Sekrang jadi biraslah. Yang kecil anak ketiga Aminatul Husna berumur 4 tahun

Labels:

posted by admin @ 8:23 AM   0 comments
Projek Angkasa Lepas
Thursday, October 11, 2007
di rumah keluarga di Kg. Baru, Seberang Takir. Baru tiba pagi tadi dengan flight fire fly dari Pulau Pinang. Rumah yang menyimpan banyak kenangan. Dihuni oleh dua ibu dan bapa saudara yang banyak berjasa selepas kematian ibu tercinta Cikda dan Pak Usof. Gambar ini diambil di beranda rumah ketika sednag mengemaskini template baru blog ini dengan bantuan adik U Azlan al-Maghribi
Menyaksikan rencana di televisyen 1 tentang projek ke angkasa lepas semalam mengingatkan diri saya dengan ayat yang wajib dibaca oleh umat Islam 17 kali sehari semalam ketika solat:

الحمد لله رب العالمين

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam". Inilah terjemahan yang selalu dibuat. Saya lebih suka menterjemahkan seperti berikut: "Segala puji syukur adalah milik Rabb semesta alam"

Rab mempunyai tafsiran panjang. Terjemahan Rabb sebagai "Tuhan" belum mampu menjelaskan maksud sebenarnya. Justeru, sebaiknya dikekalkan dengan perkataan Rabb. Seterusnya dibuat huraian makna sebenarnya dalam tafsiran.

Menurut Tabari, perkataan Rabb memberi empat maksud. Rabb dengan maksud pencipta. Rab dengan maksud pemili, Rabb dengan maksud pengurus dan Rabb dengan maksud Yang memperelokkan. Justeru ayat yang kita baca tersebut bermaksud: " segala pujian tanda kesyukuran adalah layak menjadi milik dan kepunyaan Allah yang merupakan Rab yang mencipta, memiliki, menguruskan dan memperelokkan seluruh alam yang ada ini samada yang nampak di mata atau tidak.

Para pengkaji angkasa lepas sepatutnya lebih beriman dengan kekuasaan Allah lantaran melihat betapa luasnya alam ini. Mustahil ia terjadi dengan sendiri. Ia diuruskan oleh Allah Rabb semesta alam. Malangnya rencana tersebut cuba membayangkan bahawa alam semesta ini terjadi dengan sendiri. Alangkah kufurnya manusia!!!

Labels:

posted by admin @ 3:59 PM   1 comments
Raya ibadat atau ADAT?
Wednesday, October 10, 2007
di rumah mertua di Baling, Kedah sedang menyiapkan sedikit coretan sebaik ketibaan dari Bangi
Ramadhan sudah di penghujung. Raya bakal menjelang. Fenomena biasa di Malaysia ialah umat Islam berpusu-pusu ke pasaraya membeli pelbagai barang untuk persiapan raya. Yang paling penting bagi mereka pastinya "pakaian raya". Namun dalam keghairahan membeli "pakaian raya" untuk beraya, adakah pakaian itu dipastikan benar-benar menepati kehendak Allah dan Rasul?

Kita berpuasa kerana ianya ibadat. Beraya kerana ianya adalah ibadat. Ibadat bermaksud ianya dibuat kerana menurut kehendak Allah dan untuk mendapat redha Allah. Tapi adakah pakaian yang disedikan untuk menyambut "perayaan ibadat" juga menepati kehendak "beribadah". Yang banyak berlakunya ialah "tidak". Kenapa? Kerana raya adalah "adat" bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia sekarang, bukannya "ibadat!!!!

Labels:

posted by admin @ 11:18 PM   0 comments
Raya tak sama! Puasa pun tak sama! Kenapa?
Esok 29 Ramadhan, maghribnya umat Islam di Malaysia akan melihat anak bulan untuk memastikan kehadiran bulan syawal.Nanti akan timbul persoalan raya kita sama ke dengan negeri lain??akan ada negeri yang beraya hari Jumaat dan ada pula yang raya hari sabtu. Menariknya ada negeri yang berpuasa awal sehari daripada kita di Malaysia telah melihat anak bulan magrib tadi kerana mereka telah mencukupkan 29 hari pada hari ini (rabu 10.10.07). Justeru barangkali mereka beraya besok atau lusa? Persoalannya kenapa puasa tak sama antara umat Islam? Raya pun tak sama?
Sebulan yang lalu pada 29 Sya`ban umat Islam juga melihat bulan pada maghribnya untuk pastikan kehadiran Ramadhan.Mungkin ada yang bertanya: Kenapa perlu dilihat bulan setiap kali 29 sya`ban untuk pastikan awal Ramadhan dan 29 Ramadhan untuk pastikan awal syawal. Kan senang kalau bergantung terus pada kiraan ahli falak?
Menarik juga persoalan begini. Kita mulakan dengan menyedari satu hakikat tentang agama kita ini iaitu segala yang kita lakukan dalam perkara berkaitan agama adalah berdasarkan nas samada teks al quran atau teks hadis. Senang ceritanya ialah segala perlakuan beragama mestilah menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya. Apa yang diatur oleh Allah dan Rasul adalah satu UJIAN BERAGAMA bagi manusia. Siapa ikut selamat. Tak ikut "kiamat"!Kalau ikut itu bererti kita menepati maksud "muslim". Muslim bermaksud menyerah diri kepada Allah dan Rasul.
Jumlah hari dalam sebulan hijri adalah 29 atau 30.
Tindakan melihat anak bulan selepas berakhir matahari 29 sya`ban adalah bertujuan untuk menentukan permulaan ibadah puasa Ramadhan dan pada 29 ramadhan pula untuk menentukan berakhirnya ibadah puasa dan bermula raya. Tindakan ini dibuat kerana menurut perintah Rasul:
صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته فإن غم عليكم فأكملوا عدة شعبان ثلاثين
Maksudnya: Berpuasalah kamu kerana melihatnya (bulan) dan berbukalah kamu (beraya) kerana melihatnya. Sekiranya terlindung oleh awan maka sempurnakanlah bilangan sya`ban 30"
Sekiranya bulan ramadhan di hujung sya`ban dilihat di satu-satu tempat maka penduduk negeri tersebut wajib berpuasa. Sekiranya tidak kelihatan maka keesokkan harinya perlu disempurnakan sebagai hari ke 30 sya`ban. Sehari selepas itu akan menjadi 1 ramadhan dan bermulalah kewajipan puasa. Begitu juga dengan syawal. Sekiranya kelihatan bulan syawal maka berakhirlah kewajipan puasa dan bermulalah hari raya.
Menariknya dalam hadis di atas nabi menyebut: "sekiranya terlindung oleh awan". Ungkapan ini menunjukkan bahawa barangkali anak bulan telah muncul tetapi tidak kelihatan disebabkan terlindung oleh awan. Dalil ianya kelihatan ialah barangkali ada penduduk negeri lain telah melihat anak bulan tersebut. Justeru itu mereka memulakan puasa keesokkan harinya. Namun, disebabkan kita tidak melihatnya kerana terlindung oleh awan, kita tak diwajibkan berpuasa. Perkara yang sama juga berlaku ketika menetapkan raya. Kenapa kita tak berpuasa? kerana Nabi yang telah menetapkan kaedah: "sekiranya terlindung oleh awan maka sempurnakanlah bilangan sya`ban 30". Kita hanya menurut apa yang diperintahkan oleh nabi.
Kenapa penduduk negeri lain memulakan puasanya esok hari? kerana Nabi menetapkan kaedah: "berpuasalah kamu kerana melihatnya".
Justeru samada penduduk negeri yang berpuasa kerana melihat anak bulan atau penduduk negeri yang tak berpuasa kerana tidak melihat anak bulan, kedua-dua mereka bertindak begitu kerana melaksanakan perintah Allah dan RasulNYa.
Keadaan ini mengajar kita satu perkara penting dalam beragama: iaitu ikutlah perintah Allah bukan menurut logik akal dan pandangan kita. Agama bukan apa yang kita rasa dan fikirkan, tetapi agama ialah apa yang dijelaskan oleh Allah dan rasulNya.
posted by admin @ 10:31 PM   0 comments
Manisnya bertemu sahabat sepejuangan DR Zul, Ust Sohor, Ust Zawawi
Monday, October 8, 2007
Seronok rasanya dapat bertemu dengan sahabat-sahabat rakan dakwah yang jarang bertemu dek kesibukan kerja dakwah masing-masing. Petang tadi dalam program Iftar Amal Anak Yatim Darul Fuqaha di Palm Garden Hotel saya menjemput Ust Zawawi, Ust Dr Zulkifli al-Bakri dan Ust Wan Sohor Bani Leman untuk sama-sama berforum. Ditakdirkan keiga-tiga mereka dan saya sendiri adalah senegeri iaiu Terenganu. Lama tak jumpa banyak cerita dapat dikongsi. Inilah kegembiraan dan kemanisan pertemuan antara sahabat.
Sebenarnya Ust Sohor dan Dr Zul jauh lebih senior daripada saya walaupun satu sekolah iaitu Zainal Abidin Batu Burok.Ketika saya memasuki aliran Thanawi 1 (tingkatan 4) di sekolah tersebut mereka berdua yang sekelas dan sebaya telah menamatkan pengajian mereka dan menunggu masa untuk ke Madinah. Namun, nama mreka berdua cukup gah disebut oleh pelajar-pelajar senior. Ust Zul terkenal dengan kuat mengaji dan mmbaca. Ust Zul saya kenali ketika di Madinah dan diperkukuhkan lagi ketika beliau menuntut di Syria dan selalu berulang-alik ke Jordan tempat saya mengaji. Hubungan kami sangat akrab. Malah di awal penerbitan buku Darul Fuqaha banyak buku yang saya tulis bersama beliau.
Ust Sohor ketika saya ke madinah telah berhijrah ke Bosnia untuk berjihad. Saya kenali beliau ketika mula bertugas di UIA di jabatan yang sama iaitu Jabatan Bahasa al-Qur'an. Hubungan jadi akrab selepas itu apabila sentiasa berkongsi ilmu dan pandangan. Kalau ada hukum-hkum yang perlukan penjelasan segera dia tanpa segan silu -walaupun jauh lebih senior daripada saya- menelefon saya. Segan juga, tapi mengingatkan perkongsian ilmu bleh memantapkan kefahaman pertanyaan beliau saya layani dengan penuh penghomatan.
Us Zawawi juga saya kenali apabila bertugas di UIA di jabatan yang sama iaitu Jabatan Bahasa al-Qur'an. Beliau juga sangat sibuk, jadi jarang daat bebual lama. Apabila bertemu tentu banyak cerita...beliau baru saja resign daripada UIA dan sepenuh masa menjalankan program motivasi dan kerja dakwah. Menariknya beliau menawarkan diri untuk terlibat sebagai pensyarah di Kolej UPITAF yang saya tubuhkan di bawah Darul Fuqaha. Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan...
posted by admin @ 12:13 AM   0 comments
Kongsi Raya & Pluralisma Beragama
Sunday, October 7, 2007
Isu pluralisma mula mendapat perhatian uma Islam di Indonesia apabila Majelis Ulama Indonesia (MUI) pada Julai2005 menerusi Musyawarah Nasional VII (Munas) organisasi berkenaan engeluarka fatwa menghukum haram pluralisma, liberalisma dan skularisma. Di Malaysia isu ini dihangatkan apabila Mufti Perak merujuk sambutan kongsi raya sebagai satu pluralisma beragama dan ianya adalah haram. Macamana hariraya tahun ini? Adakah akan berbangkit kembali isu pluralisma beragama ini?
Setahun yang lalu Berita TV3 menerumah saya tentang isu pluralisma ini, adakah benar-benar wujud. Ia rentetan daripada satu muzakarah ulama yang dijalankan oleh pejabat MUfti Perakyan menegaskan tentang bahaya pluralisma dalam beragama ini. Saya menegaskan kebenaran kewujudan aliran tersebut dengan memberikan beberapa contoh. Namun, apabila disiarkan di slot berita malam itu ia diselangi pula oleh kenyataan Chandra Muzaffar yang menafikannya. Kenyataan Chadnra diulang dua kali Sekali sebelum temuramah saya dan sekali selepas temuramah saya disiarkan. Adakah TV3 cenderong menyokong pandnagan Chadnra?
posted by admin @ 11:57 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.

KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."

PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam

PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri