BLOG ILMU UNTUK PANDUAN UMAT

DARUL FUQAHA
Pusat Ilmu, Dakwah, Pendidikan & Kebajikan Yang diasaskan Oleh Syeikh Khairuddin Takiri
MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA
Pusat Pendidikan Bersepadu Untuk Anak Yatim
Produk Kesihatan & Kecantikan D`HATIKU

Jom Sertai Fan Ust Khairuddin
USTAZ KHAIRUDDIN FAN'S
Ustaz Khairuddin at-Takiri

Promote Your Page Too
DARUL FUQAHA FAN`S
DARUL FUQAHA

Promote Your Page Too
Ibadah Korban di Kemboja RM230, Sabah RM400 & Eritrea RM300. Hubungi Ustaz Khairuddin 0133890000, Ustaz azlan 0192677703 dan Ustazharme 0192121972 untuk 1 bahagian,
KORBAN DI KEMBOJA FAN`S
Ibadah Korban di Kemboja, Eritrea & Pendalaman Sabah

Promote Your Page Too
SOAL JAWAB ISLAM FAN`S
Soal Jawab Islam

Promote Your Page Too
IKLAN TERKINI

DIPLOMA SYARIAH & SIJIL TAFAQQUH
BIMBINGAN
Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON
bertempat
di KOLEJ ISLAM FUQAHA Sg. Merab, Bangi
SYARAT & MINAT YANG TINGGI UNTUK MENJADI ULAMA
Persiapan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti2 di Indonesia
PENGAJIAN PERCUMA

Hubungi Ust Harme 0192121972
BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
KLIK
ISLAMIC BOOK ONLINE
NOVEL "PUAKA"
Video-Kuliah Dhuha
Video-Kisah Nabi1
Video-Kisah Nabi2
Video-Kisah Nabi3
Video-Kisah Nabi4
Video-Kisah Nabi5
Video-Kisah Nabi6
Video-Tafsir Baqarah;5-6
youtube
KULIAH DHUHA..

pengajian tafsir ibnu kathir, hadis riadussolihin & fekh hadis bulughul marom


klik di sini untuk mendengar sambungan KLIK
MASJID..

Ukhwah.com :: Top Blog
RAKAN BLOG
WEB ARUS PERDANA
[`] ::. UTUSAN MELAYU
[`] ::. BERITA HARIAN
[`] ::. HARIAN METRO
[`] ::. KOSMO
[`] ::. METRO AHAD
[`] ::. NEW STRAITS TIMES
[`] ::. MALAYSIA KINI
[`] ::. HARAKAH
[`] ::. AGENDA DAILY
[`] ::. SIASAH DAILY
[`] ::. SELANGOR DAILY
[`] ::. TRANUNG KITE
[`] ::. ALJAZEERA
[`] ::. AkHbAr MaGrIbI < [`] ::. ABC news
[`] ::. BBC news
[`] ::. CNN
[`] ::. GOOGLE news
[`] ::. SUARAM
[`] ::. TERAS MELAYU
[`] ::. UMNO
[`] ::. PEMUDA UMNO
[`] ::. PARTI KEADILAN
[`] ::. PARTI ISLAM
WEB ILMIYYAH
[`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
[`] ::. JAKIM
[`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
[`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
[`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
[`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
[`] ::. Ust Shauqi Othman
[`] ::. Ust Hasrizal
[`] ::. Ust Zaharuddin
[`] ::. al-ahkam on-line
[`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
[`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
[`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
[`] ::. UKHWAH.COM
[`] ::. SURAU LADANG
[`] ::. E-BOOK
[`] ::. SURAU FABER2
POLITICIAN BLOGGER
[`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
[`] ::. DATO' KADIR JASIN
[`] ::. TUN DR MAHATHIR
[`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
[`] ::. ROSLAN SMS
[`] ::. LIM KIT SIANG
[`] ::. KASIM AHMAD
[`] ::. RONNIE LIU
[`] ::. ANWAR IBRAHIM
[`] ::. MARINA MAHATHIR
[`] ::. HUSAM MUSA
[`] ::. PENARIK BECA
[`] ::. TARMIZI MAT JAM
[`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
[`] ::. SANG KELEMBAI
[`] ::. FATHI ARIS
MALAYSIAN BLOGGER
[`] ::. ASMAH ISMAIL
[`] ::. YUSAMMIR
TAQWIM SOLAT
ALAHKAM.NET DITUTUP!!!!!!
Thursday, January 17, 2008
laman web alahkam.net ditutup!!!

Sejak beberapa hari yang lalu saya terasa ingin mengulas isu ini tapi tak kesampaian disebabkan kekangan masa...melainkan malam ni...pagi ni sebenarnya jam 12.45 pagi...

Ketika mendengarnya kali pertama saya sangat terkejut. Ketika itu saya sedang berbaring di atas katil kerana kepenatan sepulangnya daripada ceramah. Namun, kepenatan itu tidak menghalang saya menjawab panggilan telefon daripada seorang rakan rapat di Penang.
Beliau bertanya saya maksud hadis : bantulah saudara kamu yang menzalimi DAN dizalimi. Saya rasa pelik. Takkan maksud hadis tersebut beliau tak dapat memahaminya sedangkan beliau juga seorang penceramah terkenal. Saya segera menghuraikan...rupanya itu sekadar mukaddimah untuk bercerita tentang alahkam.net.
Anta dah buka web alahkam hari ni? tanya beliau. Saya menjawab ; belum.Tak sempat melihat web sehari dua ni. Web sendiri tak sempat update. Kata beliau laman web alahkam ditutup!!!! segera saya bingkas bangun....panjang juga perbualan kami tentang isu ini....
Esoknya saya bertanya pada ust Zain....kebetulan memang nak tanya tentang install program mausu`ah syamilah. Beliau hanya ketawa...katanya: setakat ni no komen lagi la ustaz....saya jawab..okla ustaz..dah reda-reda nanti dan ust dah sedia buat komen, ana akan tanya kembali....saya menghormati hak beliau...
seterusnya ramai sahabat menalifon bertanya isu yang sama...apa yang saya nak kata: saya kata: "tuannya kata: no komen.."
Saya mengenali web ni masih baru sebenarnya sebab saya sendiri bukan la orang yang aktif di alam maya sebelum ni...tapi adik saya ust Harme selalu menyebut tentangnya...bila mula saya tatapi, saya kagum dengan usaha pengendalinya yang telah berjaya menghimpunkan pengunjung yang sangat ramai...TAHNIAH USTAZ ZAIN.YS.
Rahsianya tentu pada isi kandungannya....dan saya melihat alahkam adalah antara ruang dakwah terbaik di alam maya khusus bagi pengunjung muslim di alam melayu..
namun saya kurang tertarik dengan cara beberapa orang pengunjung berforum....dari sudut bahasanya yang melambangkan akhlak diri seseorang....ada pengunjung yang sangat taksub dengan pandangan fiqh tertentu hingga menjadikan islam dan fiqh islam itu jumud...sikap "menghentam" dan "melabel"...bahasa sinis menyindir pandangan orang lain yang tak sehaluan....prejudis pada pihak tertentu....PROVOKASI...taksub pada peribadi tertentu....memperlekehkan peribadi para pendakwah yang lain....ini semua tidak melambangkan perbincangan ilmu daripada orang yang berilmu....orang berilmu sentiasa tawaduk...makin dalam ilmunya makin tunduk dan tawaduk...
keadaan ini mencacatkan isi kandungan alahkam.net.....namun sikap dan akhlak yang ditunjukkan oleh pengendalinya ust zain.ys sangat menggembirakan saya dan menjadikan saya meletakkan harapan yang tinggi pada beliau dan alahkam sebagai wadah dakwah untuk ummat.....
justeru, saya sentiasa mengikuti perkembangan alahkam. Setiap kali melayari internet pasti laman web ini saya layari melihat bahan perbincnagan yang ditimbulkan.....beberapa artikel saya juga dipetik di dalamnya... alhamdulillah...
namun apabila ia ditutup..ia sesuatu yang memeranjatkan....saya berfikir tentang sebab....ada satu rumusan yang saya buat.....bila saya layari artikel ust Hasrizal sebentar tadi...saya merasakan bahawa saya : TIDAK BERBEZA PENDAPAT DENGAN BELIAU. Beliau berkongsi satu rasa dan perasaan dengan saya. bacalah: http://saifulislam.com/?p=1286#more-1286
AMBILLAH PENGAJARAN WAHAI PARA SAHABAT YANG SENTIASA MENYAYANGI ALAHKAM.NET......

posted by admin @ 12:34 AM   1 comments
Hukum dan Kelebihan Menziarahi Kubur
Wednesday, January 16, 2008
Apa hukum menziarahi kubur bagi lelaki dan perempuan?

Di awal Islam Nabi saw melarang umat Islam menziarahi kubur kerana bimbangkan saki baki amalan jahiliyyah masih bertapak dalam diri mereka. Antara amalan jahiliyyah ialah meratapi mayat dengan pelbagai kelakuan seperti menyoyakkan baju, memukul dada dan menyalahkan ketentuan Allah. Apabila umat Islam sudah mula kuat keimanannya maka baginda menggalakkan mereka menziarahi kubur kerana ia boleh memberi banyak iktibar, pengajaran dan kelebihan.

Nabi saw bersabda:

نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا


Maksudnya: “Saya sebelumnya melarang kamu menziarahi kubur. Justeru (sekarang), ziarahilah kubur.”[1]

Berdasarkan hadis di atas ulama sepakat bahawa meziarahi kubur bagi lelaki adalah disunatkan. Namun bagi perempuan, para ulama berbeza pendapat tentang hukumnya antara haram, makruh dan harus. Ini kerana terdapat hadis Nabi saw yang melaknat perempuan yang menziarahi kubur:

لَعَنَ اللَّه زَوَّارَات الْقُبُور [2]

Maksudnya: “Allah melaknat wanita yang banyak menziarahi kubur.”

Pandangan yang mengharuskan wanita menziarahi kubur adalah lebih kuat. Ini berdasarkan keharusan umum yang diberikan oleh Nabi saw dalam hadis pertama.

Begitu juga `Aisyah menziarahi kubur saudaranya Abd Rahman dengan alasan bahawa Nabi dulunya melarang kemudian baginda telah memberi keizinan untuk menziarahinya.[3]

Dalam hadis sahih, Nabi menegur wanita yang sedang menangisi kematian anak kecilnya di kubur. Baginda tidak menegahnya perbuatannya menziarahi anak, tetapi sekadar menegur perlakuannya meratapi anak tersebut. [4]

Adapun larangan dalam hadis kedua, ia berlaku sebelum kelonggaran diberikan oleh Nabi saw atau ia ditujukan kepada wanita yang datang menziarahi kubur dalam keadaan fitnah atau berhias diri atau yang meratapi kematian sepertimana perlakuan orang Jahiliyyah.

Dalam hadis sahih Muslim, Aisyah menceritakan kisah Nabi saw keluar pada satu malam menziarahi perkuburan Baqi` di Madinah. Menurut `Aisyah beliau melihat baginda berdiri lama kemudian baginda mengangkat dua tangan baginda tiga kali. Apabila ditanya oleh `Aisyah kemudiannya, baginda menjelaskan bahawa Jibril `alihissalam menyampaikan perintah Allah agar baginda menziarahi perkuburan Baqi’ dan memohon ampun untuk mereka. Seterusnya `Aisyah bertanya apakah yang perlu dikatakan apabilka menziarahi mereka? Baginda menjelaskan, katakanlah:


السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَلَاحِقُونَ

Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas penghuni negeri ini di kalangan orang yang beriman dan islam dan moga Allah merahmati orang yang terdahulu daripada kami dan orang yang terkemudian. Dan sesungguhnya kami insyaAllah akan mengekori kamu.”[5]

Menurut Qurtubi, menziarahi kubur merupakan ubat yang paling baik untuk hati yang keras kerana ia memperingatkan pengunjungnya dengan kematian dan hari akhirat.[6]

Menurut Qurtubi, sewajarnya bagi orang yang berazam menziarahi kubur beradab dengan adab-adab menziarahi kubur dan menghadirkan hatinya. Janganlah hanya meronda di kawasan perkuburan melihat perkuburan semata-mata kerana itu adalah seperti perbuatan binatang ternakan. Malah yang perlu dilakukan ialah membetulkan niat menziarahi kubur demi untuk mendapat redha Allah, memperelokkan hatinya yang rosak atau dengan niat mendatangkan manfaat kepada orang yang telah mati menerusi bacaan al-Qur’an dan doa. Perlu dielakkan berjalan dan duduk di atas kubur seseorang. Apabila masuk kawasan perkuburan perlulah diberikan salam. Apabila sampai ke kubur seseorang yang dikenali diberikan salam kepadanya dan menhadapkan wajahnya ke kubur tersebut kerana menziarahinya adalah seperti menziarahinya ketika hidup.Seterusnya diambil pengajaran dengan memikirkan keadaan orang yang telah mati dan kesungguhan manusia yang mati mencari harta dan mengumpulkannya yang akhirnya ditinggalkan.[7]


[1] Hadis riwayat Muslim (Bab solat ke atas Janazah, no 1623), Tirmizi (Bab kelonggaran menziarahi kubur, no 974 juz 4/210), Nasaei (Bab keizinan melakukan sesuatu, no 5558 dan 5559, juz 17/126-127), Ibn Majah (Bab Ziarah Kubur, juz 5/ 45, no 1560) dan Ahmad (no 1173, 21927, 21939 dan 21974).

Hadis riwayat Tirmizi:

974 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمِ النَّبِيلُ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَقَدْ أُذِنَ لِمُحَمَّدٍ فِي زِيَارَةِ قَبْرِ أُمِّهِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْآخِرَةَ
Maksudnya: “Sememangnya saya sebelumnya melarang kamu menziarahi kubur. Sesungguhnya telah diberi keizinan kepada Muhammad untuk menziarahi kubur ibunya. Justeru ziarahilah kubur kerana ia memperingatkan akhirat”
Menurut Tirmizi dalam bab ini terdapat hadis riwayat Abi Sa`id, In Mas`ud, Anas, Abi Hurairah dan Ummu Salamah. Hadis Buraidah adalah hadis Hasan Sahih. Amalan

Hadis riwayat Nasaei :

5558 - أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ آدَمَ بْنِ سُلَيْمَانَ عَنْ ابْنِ فُضَيْلٍ عَنْ أَبِي سِنَانٍ عَنْ مُحَارِبِ بْنِ دِثَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ لُحُومِ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فَأَمْسِكُوا مَا بَدَا لَكُمْ وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ النَّبِيذِ إِلَّا فِي سِقَاءٍ فَاشْرَبُوا فِي الْأَسْقِيَةِ كُلِّهَا وَلَا تَشْرَبُوا مُسْكِرًا

5559 - أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَعْدَانَ بْنِ عِيسَى بْنِ مَعْدَانَ الْحَرَّانِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ قَالَ حَدَّثَنَا زُبَيْدٌ عَنْ مُحَارِبٍ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ ثَلَاثٍ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَلْتَزِدْكُمْ زِيَارَتُهَا خَيْرًا وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ لُحُومِ الْأَضَاحِيِّ بَعْدَ ثَلَاثٍ فَكُلُوا مِنْهَا مَا شِئْتُمْ وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ الْأَشْرِبَةِ فِي الْأَوْعِيَةِ فَاشْرَبُوا فِي أَيِّ وِعَاءٍ شِئْتُمْ وَلَا تَشْرَبُوا
مُسْكِرًا

Hadis riwayat Ibn Majah :

1560 - حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَنْبَأَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ هَانِئٍ عَنْ مَسْرُوقِ بْنِ الْأَجْدَعِ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ

Hadis riwayat Ahmad:

4092 - حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنَا فَرْقَدٌ السَّبَخِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ يَزِيدَ أَنَّهُ سَمِعَ مَسْرُوقًا يُحَدِّثُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَنَهَيْتُكُمْ أَنْ تَحْبِسُوا لُحُومَ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ فَاحْبِسُوا وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ الظُّرُوفِ فَانْبِذُوا فِيهَا وَاجْتَنِبُوا كُلَّ مُسْكِرٍ

21927 - حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ عَطَاءٍ الْخُرَاسَانِيِّ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْآخِرَةَ وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ نَبِيذِ الْجَرِّ فَانْتَبِذُوا فِي كُلِّ وِعَاءٍ وَاجْتَنِبُوا كُلَّ مُسْكِرٍ وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ أَكْلِ لُحُومِ الْأَضَاحِيِّ بَعْدَ ثَلَاثٍ فَكُلُوا وَتَزَوَّدُوا وَادَّخِرُوا

21939 - حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ جَابِرٍ عَنْ سِمَاكٍ عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: خَرَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِوَدَّانَ قَالَ مَكَانَكُمْ حَتَّى آتِيَكُمْ فَانْطَلَقَ ثُمَّ جَاءَنَا وَهُوَ سَقِيمٌ فَقَالَ إِنِّي أَتَيْتُ قَبْرَ أُمِّ مُحَمَّدٍ فَسَأَلْتُ رَبِّي الشَّفَاعَةَ فَمَنَعَنِيهَا وَإِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ لُحُومِ الْأَضَاحِيِّ بَعْدَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فَكُلُوا وَأَمْسِكُوا مَا بَدَا لَكُمْ وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ هَذِهِ الْأَشْرِبَةِ فِي هَذِهِ الْأَوْعِيَةِ فَاشْرَبُوا فِيمَا بَدَا لَكُمْ

21974 - حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا أَبُو جَنَابٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا


[2] Hadis riwayat Ibn Majah (no 1563,1564,1565), Ahmad ( no 8095, 8098, 8316, 15102) dan Tirmizi (no 976). Menurut Tirmizi Hadis Hasan Sahih.
[3] Hadis riwayat Hakim dan baihaqi.
[4] Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Hadis riwayat Muslim no 1619
[6] Tafsir Qurtubi, 20/170.
[7] Ibid 20/171
posted by admin @ 11:16 PM   0 comments

KALAM MUQODDIMAH
web ini adalah kesinambungan daripada laman web www.darulfuqaha.com yang juga dikendalikan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin at-Takiri memuatkan rencana, artikel dan coretan peribadi dan pandangan al-Ustaz terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat Islam menurut perpektif Islam.

IKIM.FM
Bersama Ustaz Dr. Takiri setiap Isnin di IKIM jam 2.30 ptg
PERKENALAN
Name: USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Home:
MAKLUMAT:
AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,
Pendakwah, Pendidik & Ahli perniagaan sepenuh masa. Bekas Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM (meletakkan jawatan Ogos 2008) Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.


KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.

Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."


PENGALAMAN BERTUGAS:

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002 seterusnya Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM. pada Ogos 2008 meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan sepenuh masa di samping sebagai Presiden dan Pensyarah di Kolej Islam Fuqaha

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi Eksekutif & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi Eksekutif& Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej Islam Fuqaha,Pengerusi Eksekutif dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU

Antara buku beliau bertajuk:
1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia
2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam
3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam
4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30
5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud
6) Perspektif Islam
7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis
8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam


PERHUBUNGAN

saya boleh dihubungi di talian 013 3621236/ 0133890000 email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com baca lagi..
MUTIARA KATA TAKIRI

Hiduplah untuk ISLAM pasti ALLAH limpahkan anda dengan kegembiraan dan ketenangan

Previous Post
Archives
KALENDAR
SOAL-JAWAB HUKUM
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN HUKUM ATAU INGINKAN SEBARANG PERBINCANGAN MENGENAI SESUATU ISU, PARA PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMASUKI FORUM YANG DISEDIAKAN. ANDA HANYA PERLU REGISTER UNTUK MEMBUAT SEBARANG POSTING

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri