Alhamdulillah, surat perletakkan jawatan telah diserahkan kepada pihak UKM semalam berkuatkuasa 20 Ogos 2008. sekarang ana sedang dalam tempoh menghabiskan cuti yang masih ada di ukm insyaAllah. Antara fokus perjalanan hidup selepas ini ialah mengemaskinikan lagi serta memperkukuhkan organisasi Darul Fuqaha. Antara projek ekonomi yang akan dijalankan bagi menyokong kewangan Darul Fuqaha ialah travel umrah. Untuk terdekat umrah beserta ziarah ke Jordan dan Syria akan diadakan pada 14-28 Ogos sempena cuti sekolah dan sebelum menyambut Ramadhan. Pengisian ilmu adalah fokus dalam program ini untuk mencapai kesempurnaan ibadah. Ini sangat penting kerana ramai yang tidak menitik beratkan nilai ilmu sebelum melakukan ibadah. bagi mereka yang penting ialah ibadah walaupun tanpa ilmu yang lengkap. Justeru, banyak perkara yang kurang tepat berlaku sepanjang ibadah di Makkah dan Madinah. Sahabat baik Ust Zawawi Yusof penceramah terkenal yang juga telah meletakkan jawatan sebagai pensyarah UIA berminat untuk bersama dalam mengendalikan umrah ilmu dan ibadah ini insyaAllah. Perbincangan detailnya dengan beliau pada hari Khamis ini insyaAllah di IKIM kerana kami sama-sama ada rakaman slot ceramah di sana pada hari tersebut. |